Video - Dr Zakir Naik Sangkal Fatwa Nik Aziz Mengenai 'Orang Umno Solat Tak Dapat Pahala'
 Jika
 Ulamak terkemuka dunia seperti Dr Zakir Naik mengiktiraf Malaysia 
sebagai negara Islam diatas kebijaksanaan pentadbiran dengan penyebaran 
Islam secara intelek iaitu penerapan nilai-nilai Islam kedalam bangsa 
majoriti Melayu, sudah pasti pengiktirafan itu jujur kerana beliau tidak
 punyai apa-apa kepentingan sebagaimana Ulamak mulut berus Datuk Nik 
Abdul Aziz Nik Mat.
Jika
 Ulamak terkemuka dunia seperti Dr Zakir Naik mengiktiraf Malaysia 
sebagai negara Islam diatas kebijaksanaan pentadbiran dengan penyebaran 
Islam secara intelek iaitu penerapan nilai-nilai Islam kedalam bangsa 
majoriti Melayu, sudah pasti pengiktirafan itu jujur kerana beliau tidak
 punyai apa-apa kepentingan sebagaimana Ulamak mulut berus Datuk Nik 
Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam satu forum Dr Zakir menjawab soalan mengenai salah faham  tentang 
Islam yaitu jika Islam agama keamanan, kenapa ia disebarkan dengan 
pedang, Dr Zakir memulakan bicaranya dengan menjelaskan pengertian 
Islam, secara ringkas dimana Islam bermaksud mengabdikan atau 
menyerahkan diri kepada Allah Taala.
"Islam adalah agama yang mahu menyebarkan keamanan ke seluruh dunia, 
tetapi terdapat beberapa individu yang tidak mahu keamanan didunia demi 
kepentingan mereka, agar mereka boleh miliki faedah tertentu , demi 
kepuasan material mereka, dan kita tahu mereka memang wujud".
Sambung Dr Zakir lagi, "dan adakah kamu tahu pada hari ini terdapat 14 
juta orang arab yang menjadi penganut agama Kristian koptik, Kristian 
koptik bermaksud mereka adalah Kristian sejak lahir, jika muslim 
mahukan, kita boleh tukar agama setiap orang arab pada hujung pedang, 
namun 14 juta Kristian koptik ini yang berdarah arab adalah saksi bahawa
 Islam tidak disebarkan melalui pedang"
"Dinegara asal saya, muslim telah memerintah India lebih 1000 tahun, 
jika kita mahukan, kita boleh tukar agama bukan Islam di penghujung 
pedang, tapi kita tidak lakukannya, hari ini terdapat 80% kaum India 
yang bukan Islam, 80% kaum India yang bukan Islam ini adalah saksi 
bahawa Islam tidak disebarkan melalui pedang"
Seterusnya Dr Zakir memberi contoh penyebaran Islam dengan hikmah dan 
kebijaksanaan sebagaimana di Indonesia yang sememangnya tekenal kerana 
punyai populasi tertinggi orang Islam di dunia, namun Malaysia juga 
turut disebut oleh beliau biarpun Malaysia bukanlah antara 10 negara 
yang punyai populasi umat Islam tertinggi didunia.
Pasti kita tertanya apa istimewanya negara kita apabila ia dikaitkan 
dengan Islam ia menjadi sebutan tokoh Islam terkemuka dunia seperti Dr 
Zakir ini, sedangkan pemerintahnya dikalangan orang-orang Umno yang 
disifatkan oleh Ulamak nyanyuk sebagai solatnya tidak mendapat pahala. 
Sedangkan dunia mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang 
mempunyai pentadbiran yang baik disamping penyebaran Islam melalui 
kebijaksanan apabila penerapan nilai-nilai Islam keatas kaum majoriti 
yaitu Melayu dilihat mencatatkan perkembangan umat Islam yang agak baik.
Begitu juga dengan pandangan Mufti Perancis yang fasih berdialek 
'Kelate' Dr. Sheikh Mohamad Abdul Aziz Ghonn, beliau turut mengtakrifkan
 Malaysia sebagai sebuah negara Islam, jadi siapalah sangat Mursyidul Am
 Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu untuk menafikan Islam yang dibawa 
dan diperjuangkan oleh Kerajaan Umno BN ini sehingga tergamak mengatakan
 orang Umno yang mendaulatkan Islam di Malaysia ini solatnya tidak 
mendapat pahala dan secara tidak langsung turut mengkafirkannya.
Bagaimanapun terpulanglah kepada penilaian anda untuk mempercayai 
kata-kata Ulamak nyanyuk yang mempunyai kepentingan politik atau Tokoh 
Ulamak terkenal dunia yang bebas dan berkecuali tanpa ada apa-apa 
kepentingan. Anda Mampu Mengubahnya.
 

 
 
 

No comments:
Post a Comment