Perisikan FIlipina dakwa Anwar dalang kematian 13 orang
Kami petik dari Phillipines Inquiry berikut:
Sepenuh di ABITW SINI
Petikan utama berikut
Alfatihah buat ....
|  | 
| Inspector Zulkifli | 
1. Insp G/17992 Zulkifli bin Mamat (death)
2. Kpl 113088 Sabaruddin bin Daud (death)
3. Kpl 135383 Azman bin Ampong (death)
4. Kpl 152133 Mohd Tarmizi bin Hashim (injured hand and feet at the Lahad Datu Hospital)5. Kpl 176533 Mohd Qaiyum'aiqal bin Zolkifli (injured right shoulder and both feet at Sandakan Hospital)
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sudah memberi mandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi.
"Dua anggota keselamatan Malaysia terbunuh dan tiga lagi cedera manakala 10 hingga 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh.
"Mereka (polis dan tentera) akan diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi kumpulan ini mesti ditumpaskan dan mereka mestilah diambil tindakan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita sejurus melancarkan jentera Pilihan Raya kawasan Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Pekan yang dihadiri kira-kira 5,000 orang.di sini hari ini.
Najib juga menyerahkan bidang kuasa kedua-dua Pemimpin mewakili keselamatan Negara itu dalam menangani isu tersebut.
"Saya tidak lagi buat keputusan. Terserah kepada mereka (panglima ATM dan Ketua Polis Negara) untuk ambil tindakan...mereka akan diberikan kuasa sepenuhnya.
"(Kini) sama ada mereka (penceroboh) menyerah diri atau mereka terima apa jua kesan daripada tindakan mereka," ujarnya.
Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu kerana sepatutnya pertumpahan darah mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini negara kehilangan dua anggota keselamatan.
Kumpulan itu pada ketika ini telah dikepung sepenuhnya dan pemantauan pasukan tentera laut Negara dipertingkatkan di kawasan perairan bagi mengelakkan kumpulan itu melarikan diri.
UPDATES Lahad Datu - Menteri KDN Kena Segera Bertindak Keatas Anwar...! Banyak Nyawa Orang Islam Sudah Melayang...
Bukan rahsia lagi...! Ini
 bukan zaman 80an dimana maklumat sukar untuk kita perolehi, sekarang 
sudah zaman IT dan segala maklumat dihujung jari....
Pihak Perisik Filipina melalui Inquirer News telah mendedahkan dalang sebenar disebalik peristiwa berdarah di Lahad Datu Sabah.
Menurut laporan tersebut, terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang 
pencerobohan di kawasan itu antaranya ialah Pakatan Rakyat yang diketuai
 oleh Anwar Ibrahim.
Laporan tersebut juga menyebut, seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di
 Sabah yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan
 pihak penceroboh serta menawarkan jaminan sokongan dari Pakatan Rakyat 
di Sabah.
Ini sekaligus membuktikan desas desus serta khabar angin tentang 
penglibatan pihak Pembangkang di Malaysia didalam pencerobohan di Lahad 
Datu bagi menggugat keselamatan negara...!!
Setakat ini, dua anggota keselamatan negara dilaporkan terkorban didalam
 pertempuran dengan penceroboh di tempat kejadian. Inspektor Zulkifli 
Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando telah terkorban setelah
 mengalami kecederaan parah akibat tembakan mortar musuh.
Kekacauan beginilah yang dikehendaki oleh pihak pembangkang didalam 
negara bagi menunjukkan bahawa Malaysia tidak selamat dan stabil dibawah
 pemerintahan BN.
Ini semua merupakan agenda terancang Pakatan Rakyat yang terdesak untuk merampas kuasa dari kepimpinan kerajaan.
Kini kita semua dapat 
saksikan sendiri bagaimana mahalnya harga yang perlu rakyat bayar untuk 
memenuhi tamak haloba makhluk bernama Anwar Ibrahim...!
Semata-mata mahu mencapai
 cita citanya sudah tercetus insiden Lahad Datu menyaksikan begitu 
banyak nywa melayang...! Nyawa yang terkorban adalah orang melayu 
beragama islam. Mungkin pada Anwar itu semua tidak penting kerana beliau
 mahukan undi bukan melayu...
Baca semula kisah diatas ini, klik SINI
 

 






 
 

No comments:
Post a Comment