HAJI HADI MENANGIS KERANA KALIMAH ALLAH???
Salam buat semua....
Kenyataan
Presiden PAS, Ustaz Hadi Awang bahawa PAS akan meninggalkan Pakatan
Rakyat sekiranya didapati gabungan itu merugikan Islam dan Melayu boleh
dianggap sebagai satu kenyataan bahawa PAS seolah-olah baru sedar dari
tidur nyenyak yang panjang.
Pertamanya,
saya melihat kenyataan itu tidak lebih daripada usaha terdesak untuk
menenangkan hati ahli dan penyokong PAS yang sebahagiannya mula bangkit
dan mengambil tindakan drastik meninggalkan parti yang mereka telah
mereka bersama-sama untuk mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa
Melayu.
Kedua,
kenyataan itu juga sebagai melunakkan komponen parti dalam Pakatan yang
di asak bertubi-tubi oleh ahli dan penyokong PAS dalam berbagai isu.
Sehingga kini pimpinan tertinggi parti-parti tersebut tidak mampu
memberikan jawapan terhadap beberapa isu besar yang timbul seperti isu
Kalimah Allah.
Ketiga,
kenyataan tersebut mungkin didorong oleh kumpulan parasit yang kini
tersepit dan mereka memerlukan tali hayat untuk menjadi terus relevan
mewakili PAS dalam PRU ke 13 yang akan datang.
Keempat,
kenyataan tersebut dilihat seolah-olah untuk mengesah dan menyokong
tuntutan pimpinan ulama seperti Timbalan Mursyidul Am dan Ketua Dewan
Ulama yang mengambil pendirian yang tegas dan dicisiveterhadap beberapa isu diakhir-akhir ini.
Kelima,
kenyataan tersebut dilihat sebagai satu usaha untuk melunakkan pekerja
jentera pilihanraya PAS supaya memberikan khidmat yang terbaik kepada
semua parti komponen Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU ke 13 yang akan
diumum pada bila-bila masa sahaja.
Dan
keenam, kenyataan tersebut boleh ditafsirkan sebagai usaha untuk
memancing semula undi pengundi-pengundi Melayu Islam yang telah mula
berpaling daripada PAS di kawasan-kawasan majoriti Melayu Islam di mana
PAS dijangka meletakkan calon.
Bagi
saya kenyataan Presiden PAS itu tidak mempunyai kekuatan disebabkan
telah terbukti sejak PAS menyertai Pakatan Rakyat , idealisme perjuangan
PAS hampir diketepikan sepenuhnya atas keinginan yang melonjak untuk ke
Putrajaya.
Hampir
dalam semua isu baik yang kecil dan terpencil hinggalah yang besar
melibatkan aqidah dan syariah, PAS di dapati tidak mempunyai kekuatan
langsung untuk mempertahankan prinsip perjuangan asal parti tersebut
iaitu mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.
Kita
tidak perlu mengulang dan mendetailkan satu persatu isu-isu tersebut.
Yang jelasnya pimpinan PAS perlu menununjukkan kepada ahli dan penyokong
PAS isu yang mana yang melibatkan PAS dalam mana parti tersebut mampu
berdiri tegak mempertahankan asas-asas perjuangan parti Islam itu. Pun
begitu masih ada pimpinan PAS yang cuba meyakinkan ahli dan penyokong
parti bahawa negara Islam dan hudud akan terus dilaksanakan setelah
Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.
Seandainya
soal kecil seperti penggunting rambut wanita di Kota Bharu, soal papan
iklan dan pusat-pusat hiburan beroperasi dalam bulan Ramadhan di Kedah
pun tidak dapat dipertahankan, mana mungkin PAS mampu dan dapat
melaksanakan agenda Negara Islam dan hudud di Putrajaya nanti.
Saya ingin melontarkan beberapa soalan yang menyentuh berbagai isu seperti di bawah :
a.
Apakah kenyataan Karpal Singh bahawa langkah mayatnya dahulu jika PAS
berhajat untuk melaksanakan Negara Islam dan hudud itu menguntungkan
Islam?;
b.
Adakah persetujuan Pakatan Rakyat untuk membolehkan kalimah Allah
diguna oleh bukan Islam khususnya penganut Kristian yang jelas tujuan
tersiratnya adalah untuk menyebarkan fahaman Kristian di kalangan orang
Melayu menguntungkan Islam?;
c.
Adakah Buku Jingga yang tidak langsung memberi peruntukan kepada Islam
dan hudud yang menjadi “kitab” rujukan utama komponen Parti Pakatan
Rakyat menguntungkan Islam?;
d.
Adakah amaran dan ugutan pimpinan tertinggi DAP untuk meletakkan
jawatan secara beramai-ramai (en-block) sekiranya PAS melaksanakan hudud
menguntungkan Islam?;
e. Adakah usaha membawa fahaman Pluralisme Agama dan Islam Liberal serta percubaan untuk mengiktiraf LBGT menguntungkan Islam?
Perlu
juga dibangkitkan di sini mengenai pemecatan saya dan YB Ust Nasharudin
Mat Isa . Saya dipecat bukan atas sebab saya terlibat dengan mana-mana
kegiatan yang bertentangan dengan syariat. Saya dipecat antara lain
disebabkan tindakan saya untuk mencegah arak, judi, rumah urut dan
percubaan mengkristiankan orang-orang Melayu Islam di negeri Selangor.
Kesemuanya dilakukan atas sifat saya sebagai Exco Hal Ehwal Islam yang
memang portfolio tersebut menghendaki saya memainkan peranan itu. Adakah
tindakan saya itu merugikan Islam?
Mengenai
Ust Nasharudin pula adakah usaha beliau untuk menjalin ukhuwwah dan
mahabbah antara pimpinan umat Islam dan juga diperingkat antarabangsa
yang melibatkan para pemikir Islam dan di kalangan mereka yang tertindas
seperti di Palestin itu merugikan Islam?
Sebenarnya
hati kecil saya cenderung untuk menerima kenyataan Ust Hadi itu
lantaran saya mengenali beliau secara dekat buat sekian lamanya. Tetapi
kenyataan itu tidak mudah untuk ditelan akibat daripada tindakan PAS
menangani isu-isu Islam yang ramai berpendapat PAS sudah sama sekali
kehilangan daya juang dan semangat jihad.
Ada
pihak yang mengatakan PAS seolah-olah seperti sudah dirasuk makhluk
halus dan kelihatan terpukau dengan mainan politik Anwar Ibrahim, Karpal
Singh, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan ramai lagi. Sebab itu dikatakan
di awal tadi bahawa pimpinan PAS seolah-olah tidur lena buat sekian
lamanya. Tiba-tiba tersentak bangun membuat kenyataan seperti yang
dibuat oleh Presiden PAS itu.
Akhirnya,
atas nama kejujuran dan keikhlasan serta atas nama semangat perjuangan
Islam yang ditiupkan kepada ahli dalam usrah, tamrin, rehlah,
munaqashah, ijtima’, PAS perlu melakukan sesuatu yang decisive dengan
meninggalkan Pakatan Rakyat sekarang juga. Gesaaan-gesaan ke arah ini
sudah terdengar sekian lamanya khususnya dikalangan pimpinan ulama di
dalam PAS.
Kenyataan
seperti yang dikeluarkan oleh Presiden PAS itu bagi sesetengah pihak
dianggap sebagai anti klimaks. Klimaks sebenarnya ialah tinggalkan
Pakatan. Hanya selepas itu rakyat dapat melihat jantannya pimpinan PAS.
Rakyat juga dapat melihat tindakan decisive PAS itu nanti menatijahkan
betapa haru birunya DAP dan PKR dalam menghadapi PRU ke 13 terutama
dalam menggarap sokongan pengundi Melayu Islam.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
17 Februari 2013
No comments:
Post a Comment