HADI SPIN LAGI !!!
Nampaknya Hadi Awang semakin jauh tersesat dalam mempertahankan 
perjuangan songsangnya bersama PAS.Isu amanat yang kini mula memakan 
diri beliau sedikit demi sedikit sudah menampakkan kesan paling kritikal
 apabila Hadi sendiri semakin hilang arah.
Malah beliau kini dilihat mempergunakan apa saja kaedah bagi 
mempertahankan dirinya dan juga parti PAS walaupun tindakan tersebut 
dilihat cukup memalukan bagi seorang pemimpin yang diangkat sebagai 
ulama oleh juak-juak PAS.
Merujuk kepada kenyataan Hadi dalam HarakahDaily beliau berkata ‘amanat’
 itu merupakan satu petikan daripada ucapan beliau yang dibuat di 
Banggol Peradong 31 tahun yang lalu.
Ustaz Abdul Hadi menjelaskan beliau tidak pernah menamakan ucapan 
tersebut sebagai amanat tetapi dibuat oleh pihak lain.
“Amanat itu satu petikan, saya tidak menamakan ‘amanat’ tetapi orang 
lain yang menamakan ‘amanat’ dan yang beri nama ‘amanat’ itu termasuk 
Umnolah.
“Bukan saya menamakan ‘amanat’, ia petikan ucapan saya selepas itu 
dibentang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu. Ketua Biro Agama 
Umno bentang dan saya bangun (jawab)…betul, itu ucapan saya. Masa itu 
kenapa tidak hujah, selepas 30 tahun baru hendak hujah,” ujarnya.Baca Seterusnya.
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru
 Abdul Hadi Awang mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat 
rasmi berkenaan keputusan mengenai ‘Amanat Haji Hadi’.
Mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa Majlis Fatwa 
Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan 
masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah, 
beliau menafikan menerima sebarang surat daripada mufti tersebut.
“Saya tidak menerima surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya cabar 
Majlis Fatwa hantar surat kepada saya. Dia (Majlis Fatwa) tak panggil 
saya.
“Surat rasmi pun tidak ada…atas angin sahaja. Bukan boleh atas angin 
begitu…bukan ‘meniaga’ ni dan kalau berniaga pun tidak boleh atas angin.
 Ini soal agama,” tegasnya.
Beliau berkata ‘amanat’ itu merupakan satu petikan daripada ucapan 
beliau yang dibuat di Banggol Peradong 31 tahun yang lalu.
Ustaz Abdul Hadi menjelaskan beliau tidak pernah menamakan ucapan 
tersebut sebagai amanat tetapi dibuat oleh pihak lain.
“Amanat itu satu petikan, saya tidak menamakan ‘amanat’ tetapi orang 
lain yang menamakan ‘amanat’ dan yang beri nama ‘amanat’ itu termasuk 
Umnolah.
“Bukan saya menamakan ‘amanat’, ia petikan ucapan saya selepas itu 
dibentang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu. Ketua Biro Agama 
Umno bentang dan saya bangun (jawab)…betul, itu ucapan saya. Masa itu 
kenapa tidak hujah, selepas 30 tahun baru hendak hujah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat 
jenazah allahyarham Tengku Zaliha binti Almarhum Sultan Ismail 
Nasiruddin Shah di Maqam Diraja Masjid Abidin, di sini petang tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan isu penjelasan 
amanat tersebut bukan sekadar pilihan raya tetapi kerana hari akhirat.
Menurutnya, jika Perdana Menteri atau mufti enggan bersemuka di atas 
dunia, maka tunggulah pada hari akhirat ketika mengadap Allah SWT.
“Saya akan mati, mufti-mufti juga akan mati, Perdana Menteri mati, 
saya mati…kita mengadap Tuhan. Tuhan yang akan menentukan betul atau pun
 salah. Jika tidak atas dunia ini..akhiratlah. Kita bertemu dengan Tuhan
 jika atas dunia tak mahu bertemu,” tegasnya.
Justeru, Ustaz Abdul Hadi tetap bertegas mahukan ruang penjelasan 
selama satu jam bersiaran di RTM milik kerajaan kerana PAS tidak 
memiliki media yang menyeluruh.
“Saya tetap mahukan (siaran langsung) supaya masyarakat berlaku adil.
 Adil ini kena dengar semua pihak dan dengan cara itulah, sebab kita 
tiada media.
“Biar rakyat tahu…dia (rakyat) dengar semua barulah (faham). Ini 
dengar sebelah pihak, macam mana.
“ Kena dengar dulu apa yang saya hendak kata, supaya masyarakat 
dengar betul atau tidak apa yang saya hendak kata,” ujarnya.  
Begitulah dangkalnya Hadi dalam mendepani isu ini bukan saja meletakkan 
kesalahan tersebut kepada orang lain malah mempersoalkan pula mengapa 
tidak berhujah sejak 30 tahun lalu.
Apakah Hadi buta ? Selama ini UMNO dan pemimpin lain sering kali 
berhujah dan memberikan kenyataan berkenaan amanat Hadi yang sudah pun 
menyebabkan ramai dikalangan orang Islam sendiri berbalah malah sudah 
ada kes-kes yang melibatkan penceraian,perpecahan keluarga,sembahyang 
dua imam,mereka yang dikebumikan tanpa diuruskan jenazah dengan sempurna
 dan banyak lagi.
Mengapa semenjak itu Hadi hanya mendiamkan diri? Sebagai orang yang 
bertanggungjawab mencetuskan suasana dan pemahaman tersebut beliau 
seharusnya tampil menjelaskan apabila keadaan memerlukan penjelasan 
bukannya dengan berdiam diri dan kemudiannya menuding jari kepada orang 
lain.
Jelas sekali Hadi adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan jauh 
tersesat ! Hari ini Hadi dilanda wabak bongkak kerana beliau turut 
mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mengeluarkan surat rasmi 
berkenaan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang amanat beliau.
Beginikah sikap seorang ulama dan pemimpin yang kononnya meletakkan 
Islam sebagai keutamaan perjuangannya ? Dalam keadaan banyak pihak 
mendesak beliau untuk menarik balik amanatnya Hadi lebih suka memilih 
jalan kontroversi ataupun penentangan bagi menghadapi isu ini yang turut
 mencemarkan moral dan imej Hadi sendiri.
MMI sendiri kurang pasti apa pandangan anda semua namun bagi MMI sikap 
Hadi menunjukkan beliau bukannya seorang ulama dan pemimpin yang 
baik.Malah tak salah jika MMI katakan Hadi sudah jauh menyimpang dari 
Islam kerana beliau langsung tidak memperlihatkan sikap seorang ulama 
tetapi lebih kepada seorang manusia yang hari ini tenggelam dalam nafsu 
untuk berkuasa dan hanya mementingkan diri sendiri sedangkan ramai umat 
Islam yang sudah pun tersesat kerana ucapan , kenyataan mahupun amanat 
yang keluar dari mulut Hadi sendiri.
Amanat Hadi tidak terdapat dalam mana-mana kitab suci agama Islam apatah
 lagi Al-Quran dan ini mengesahkan bahawa Hadi sebenarnya adalah seorang
 pemimpin dan presiden kepada sebuah parti ajaran sesat.
MMI.
  

 

 
 

My Komen..
ReplyDeletePAS = Parti Ajaran Sesat
Bercakap pusing2 dengan HEJE HEDING,membuang masa je.Dia ni silap2 Serban boleh digulong buat BOLAAA!Almaklumlah ULAMAKPOSSSS!konon!ape dia cakap benar belake!
ReplyDeleteIngat! ORANG MUNAFIK LEBEH BAHAYA DARI KAFIR!