POKOK SENA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berangkat menziarahi jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Razak di Dewan Kompleks PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, jam 4.05 petang tadi.
Tengku Bendahara Kedah turut menziarahi jenazah Allahyarham pada jam 3.50 petang.
Antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan para pemimpin PAS di semua peringkat.
Orang ramai turut berpusu-pusu memberikan penghormatan terakhir sebelum jenazah disembahyangkan sebaik selesai solat Asar. -HD
AlFatihah..... Ribuan Tunai Solat Ustaz Azizan .
POKOK SENA: Ribuan rakyat  hadir menunaikan solat jenazah mantan Menteri
 Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan 
Langgar, dekat sini jam 4.15 petang tadi.
Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum, 17 km dari sini yang
 menempatkan  kubur mantan Presiden PAS,  Ustaz Dato' Fadzil Mohd Nor 
untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan.
Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham sampai di pekarangan 
Muassasah Darul Ulum pada jam 4.55 petang disambut ribuan hadirin.Solat 
jenazah sekali lagi diadakan dengan diimamkan Timbalan Mursyidul Am PAS,
 Dato' Dr Haron Din.  
Ustaz Azizan  kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Unit 
Kawalan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar di sisi ahli 
keluarganya dan pemimpin PAS Pusat dan negeri, antaranya Setiausaha 
Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu dimasukkan ke Hospital 
Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima
 rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.
Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu 
di HPP akibat jangkitan kuman, dan kemudiannya dipindahkan ke HSB pada 
14 Ogos lalu selepas tahap kesihatannya dilihat memuaskan walaupun masih
 ditempatkan di ICU.
Hujung bulan lalu, almarhum menunjukkan perkembangan positif apabila 
doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih 
perlahan, bagaimanapun ia mula merosot sejak jam 3.30 pagi, semalam.
Allahyarham meninggalkan dua  isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie dengan 14  anak. ~harakahdaily
















No comments:
Post a Comment