Monday, February 18, 2013

Ulama Pas Trengganu MENGAMALKAN Nepotisma @ Untuk Kekayaan Keluarga dan Kroni.. Semasa Memerintah Trengganu.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), terbongkarlah segala yang berlaku semasa kerajaan yang memerintah negeri Terengganu (1999-2004) siapa sebenarnya yang pernah berbuat demikian.
 
Pemimpin Pas bijak dan ada taktik sendiri dalam membolot tanah dengan cara melalui tubuh syarikat atau badan terentu, tetapi di sebaliknya mereka yang menguasai syarikat dan badan itu.
 
Kawasan komersial lot PT3378 (tapak Majlis Bandaraya sekarang), keluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium RM340,000.00 sahaja.
 
Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan oleh Bendahari Pas Kemaman waktu itu, Haji Roslin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar (SUP Tok Guru) waktu itu, Haji Hussin Ismail.
 
Bila BN mengambil alih kerajaan, kerajaan negeri membeli semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih (RM8,061,200.00).
 
Pemimpin Pas juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu Setiausaha Dewan Ulamak Pas Nik Mohd.Zawawi bin Salleh (seorang Adun Pas waktu itu) dan Ahli Parlimen Pas Hulu Terengganu waktu itu, Wan Muhyidin.
 
Kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 .00 manakala lot keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431).
 
Persatuan Khairunisa’ (milik isteri wakil rakyat Pas) membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830 Mukim Batu Burok.
 
Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2 juta lebih (RM2,096,100.00) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk kegunaan awam.
 
Mendedahkan tanah pertanian di Durian Mentangau Dungun diluluskan kepada syarikat milik Dr.Sulaliman (wakil rakyat Pas ketika itu) seluas 50 hektar.
 
Tanah YANG MENGANDUNGI BALAK HUTAN SIMPAN seluas 10,000 ekar diluluskan kepada North East Plantation (NEP) milik Harakah, iaitu Pengerusinya waktu itu Datuk Hishamudin Yahya.
Demikian, Pas mengata orang tetapi mereka yang lebih.
 
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said ketika menjawab persoalan ini di DUN bagi pihak Kerajaan membawa cerita, seorang yang melaungkan ‘pencuri! pencuri!, lalu mengajak orang mengejar pencuri.
Rupanya yang melaungkan pencuri! pencuri! itulah sebenarnya pencuri. Pas semakin terperangkap dengan isu yang diciptakan sendiri. Misalnya bila membangkitkan tentang isu pembahagian tanah, akhirnya terkena ke atas batang hidung sendiri.
 
Penyokong-penyokong mereka diperalatkan mengadakan demonstrasi di depan Wisma Darul Iman, kononnya membantah Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang menyeleweng , rampas tanah dan sebagainya.
 
Namun begitu, tahukah oleh pengikut mereka itu, pemimpin mereka sendiri sewaktu berkuasa sebelum ini terlibat dalam apa yang mereka tuduh kepada Kerajaan BN, termasuk PARA PEMIMPIN PAS yang mengetuai unit-unit tertentu PAS dalam memorandum yang diserahkan kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said.
 
Kalau mereka tahu maklumat sebenar, sanggupkan mereka diperalatkan, berdemo ditengah panas , hatta ada yang sampai bawa anak isteri bersama di atas dukungan, konon berjuang untuk kebenaran dan agama.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), terbongkarlah segala yang berlaku semasa kerajaan yang memerintah negeri Terengganu (1999-2004) siapa sebenarnya yang pernah berbuat demikian.

Pemimpin Pas bijak dan ada taktik sendiri dalam membolot tanah dengan cara melalui tubuh syarikat atau badan terentu, tetapi di sebaliknya mereka yang menguasai syarikat dan badan itu.

Kawasan komersial lot PT3378 (tapak Majlis Bandaraya sekarang), keluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium RM340,000.00 sahaja.

Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan oleh Bendahari Pas Kemaman waktu itu, Haji Roslin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar (SUP Tok Guru) waktu itu, Haji Hussin Ismail.

Bila BN mengambil alih kerajaan, kerajaan negeri membeli semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih (RM8,061,200.00).

Pemimpin Pas juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu Setiausaha Dewan Ulamak Pas Nik Mohd.Zawawi bin Salleh (seorang Adun Pas waktu itu) dan Ahli Parlimen Pas Hulu Terengganu waktu itu, Wan Muhyidin.

Kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 .00 manakala lot keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431).
Persatuan Khairunisa’ (milik isteri wakil rakyat Pas) membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830 Mukim Batu Burok.

Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2 juta lebih (RM2,096,100.00) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk kegunaan awam.

Mendedahkan tanah pertanian di Durian Mentangau Dungun diluluskan kepada syarikat milik Dr.Sulaliman (wakil rakyat Pas ketika itu) seluas 50 hektar.

Tanah YANG MENGANDUNGI BALAK HUTAN SIMPAN seluas 10,000 ekar diluluskan kepada North East Plantation (NEP) milik Harakah, iaitu Pengerusinya waktu itu Datuk Hishamudin Yahya.
Demikian, Pas mengata orang tetapi mereka yang lebih.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said ketika menjawab persoalan ini di DUN bagi pihak Kerajaan membawa cerita, seorang yang melaungkan ‘pencuri! pencuri!, lalu mengajak orang mengejar pencuri.Rupanya yang melaungkan pencuri! pencuri! itulah sebenarnya pencuri. Pas semakin terperangkap dengan isu yang diciptakan sendiri. Misalnya bila membangkitkan tentang isu pembahagian tanah, akhirnya terkena ke atas batang hidung sendiri.

Penyokong-penyokong mereka diperalatkan mengadakan demonstrasi di depan Wisma Darul Iman, kononnya membantah Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang menyeleweng , rampas tanah dan sebagainya.

Namun begitu, tahukah oleh pengikut mereka itu, pemimpin mereka sendiri sewaktu berkuasa sebelum ini terlibat dalam apa yang mereka tuduh kepada Kerajaan BN, termasuk PARA PEMIMPIN PAS yang mengetuai unit-unit tertentu PAS dalam memorandum yang diserahkan kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said.

Kalau mereka tahu maklumat sebenar, sanggupkan mereka diperalatkan, berdemo ditengah panas , hatta ada yang sampai bawa anak isteri bersama di atas dukungan, konon berjuang untuk kebenaran dan agama.

klik sini

No comments:

Post a Comment