ABDUL KADIR JASIN-.BUBARKAN PPBM UNTUK LEMAHKAN Tun M


 
Perbezaan antara pemimpin BN dan Bekas Ahli BN. Rata2 dlm ucapan
pemimpin BN asyik mencemuh TUN M walaupun pernah berjasa dlm BN. Bekas
Ahli BN mencemuh BN kerna masalah terkini dlm kepimpinan UMNO. Secara
pribadi aku tidak setuju UMNO dan Bekas UMNO bergasak sesama sendiri.

Lebih 100,000 tandatangan petisyen tuntut cuti hari mengundi

Lebih 100,000 tandatangan petisyen tuntut cuti hari mengundi: Pengusaha petisyen itu juga menghantar e-mel sama kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu.



Lebih 100,000 orang telah menandatangani petisyen(tandatangan di sini) 
atas talian bagi memohon Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V
mengisytiharkan hari mengundi pada Rabu, 9 Mei depan sebagai cuti umum.



Setakat laporan ini ditulis, seramai 112,000 orang telah berbuat
demikian, kira-kira 24 jam selepas petisyen itu dilancarkan pada jam 4
petang semalam menggunakan platform Change.org.

9 Mei cuti sekolah khas

 Sekolah-sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi.

Rafidah mahu kertas kabinet didedah

Rafidah mahu kertas kabinet didedah: Bekas menteri itu juga petik berita tolak penafian Hishammuddin mengenai dakwaan Najib swasta tanah ATM.

Warga maya persoal gambar KLCC hilang dari manifesto BN

Gambar KLCC dikatakan diolah perisian Photoshop untuk dihilangkan daripada manifesto BN.

 
Pemilik akaun Twitter, The Mamu juga maklum gambar KLCC mungkin dihilangkan kerana ia warisan Mahathir.
"Tetapi bayang-bayangnya masih kelihatan di atas tasik. Beginilah Mahathir menghantui Najib dan Umno/BN." 

 

Gambar Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur (KLCC) dikatakan diolah
untuk dihilangkan daripada manifesto BN yang dilancarkan Pengerusinya
Datuk Seri Najib Razak pada malam Sabtu lalu.
Gambar tersebut, memaparkan landskap Kuala Lumpur pada halaman 17
manifesto itu yang antara lainnya cuma menunjukkan Menara Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, mata tajam warga maya dapat mengesan bayang-bayang menara berkembar itu masih terlihat di tasik.